Sunday, January 23, 2011

Teori Konspirasi 9 September

- WTC yang dibina hampir secara keseluruhannya dari besi telah roboh kurang dari sepuluh saat. Runtuhan sepantas ini hanya boleh berlaku dengan penggunaan bom.

- Sebuah banggunan yang terletak jauh 7 banggunan dari WTC runtuh secara misteri.

- Sebuah plaza di Philidelphia terbakar selama 19jam tapi masih kukuh berdiri. Banggunan ini mempunyai struktur yang lebih kurang dengan WTC. Namun WTC hanya terbakar sedikit dalam masa 1jam – 2jam sahaja telah roboh.

- Menurut sumber penyiasat kerajaan US semasa kapal terbang di rampas, kapal terbang tersebut telah kehabisan minyak. Namun semasa pelanggaran dengan WTC letupan yang dihasilkan terlalu kuat seperti letupan akibat tangki minyak yang penuh.

- Besi struktur banggunan WTC cair kerana kebakaran biasa yang mencecah hanya 1800 Fahrenheit? Padahal besi struktur banggunan tersebut boleh menahan sehingga 2500 Fahrenheit .

- Pekerja penyelamat menemui besi yang cair pada bahagian bawah tanah banggunan yang tak mengalami apa-apa kebakaran atau pelanggaran kapal terbang.

- Pihak NASA menemui haba yang tinggi dihasilkan pada kawasan WTC yang hampir mencecah 1400 Fahrenheit. Haba itu hanya boleh dihasilkan dengan meletupkan bom jenis C4 yang boleh mencapai haba 3000 Fahrenheit.


- Sebelum ini tiada laporan dari pihak anggota pemadam api yang menyatakan besi cair dalam kebakaran sebelum ini. Namun mengapa WTC, hampir separuh dari struktur besinya cair?

- Setiap laporan dari pihak pasukan penyelamat tragedi WTC telah dilupuskan.

- Sebanyak 40 juta dollar telah digunakan bagi menyiasat skandal Clinton tapi hanya 600,000 dollar sahaja diperuntukan bagi menyiasat keruntuhan WTC.

- WTC runtuh secara kebawah, ia telah melanggar teori gravity. Kerana ia sepatutnya roboh secara menyondong. Robohan bersih seperti itu hanya boleh dilakukan dengan penggunaan bom.

- Penyiasat merasa kagum dengan perampas kapal terbang, kerana kawalannya terhadap pesawat amat menakjubkan. Malahan ketika rampasan, tiada perbualan yang menunjukkan pesawat tersebut dirampas.

- Kenapa pihak keselamatan NORAD gagal menghentikan serangan WTC? Padahal sebelum ini mereka telah berjaya menyelesaikan kes rampasan kapal terbang sebanyak 67 kali.

- Pentagon yang dikatakan telah dilanggar oleh 767 Boeing menjadi misteri apabila tiada bangkai pesawat tersebut disitu.

No comments:

Post a Comment