Friday, January 28, 2011

6 Fenomena Aneh

1. Ball Lightning

Fenomena pelik ini selalunya berlaku ketika waktu hujan kilat berlaku dan berlanjutan sehingga 30 saat lamanya. Kilat tersebut bertindak dalam keadaan yang luar kebiasaan dengan membentuk gegelung, berbunyi desis dan juga kadangkala kelihatan seperti terawang-awang terbang seperti kapal angkasa. Orang ramai percaya kejadian aneh ini berlaku berkait rapat dengan makhluk ghaib.



2. Saint Elmo’s Fire

Saintis menjelaskan ia terjadi kerana fenomena plasma, St Elmo’s fire terjadi disebabkan oleh caj ion yang berada didalam atmosfera. Ketika fenomena ini berlaku ia akan menyebabkan apa sahaja yang melalui tempat kejadian akan kelihatan seperti terbakar, diselubungi cahaya terang berwarna biru seakan api.



3. Spontaneous Human Combustion

Kejadian manusia terbakar sendiri dengan secara tiba-tiba ini jarang berlaku. Malahan ia sukar untuk diterangkan secara saintifik bagaimana ia boleh berlaku. Fakta mengatakan ia berlaku akibat badan seseorang itu mengandungi bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan suhu badan meningkat lalu membakar mangsa.




4. The Blood Monsoon

Hujan berdarah ini berlaku pada tahun 2001 25 julai dan 23 september di Kerala, India. Dimana ketika kejadian itu berlaku, air hujan yang turun berwarna merah seakan darah. Dipercayai ia terjadi akibat dari alga yang diserap oleh awan lalu dijatuhkan kebumi sebagai hujan.



5. Foo Fighters

Pesawat yang tidak dapat dikenal pasti, dikatakan kajian oleh pihak tentera. Ia bebentuk bebola api, ketika zaman perang dunia ke2 ia sering kelihatan mengiringi pesawat perang Amerika. Namun menurut pemandu kapal terbang perang tersebut, objek yang tidak dikenali itu bukan mengiringi mereka malahan ia berpusing2 mengelilingi mereka seolah-olah seperti mengejek-ngejek mereka.



6. The Time Travelers

Banyak artifak-artifak kuno yang ditemui berusia 10000 sebelum masihi mempunyai lakaran seperti manusia yang memakai sut angkasawan. Menyebabkan timbulnya spekulasi kemungkinan ia lakaran tentang manusia dari masa hadapan telah datang kemasa lampau, lalu manusia purba yang melihat atau bertemu dengan mereka melakarkannya ke artifak-artifak mereka.

1 comment:

  1. i'm very very very like itttttttttttt..............................

    ReplyDelete