Monday, January 24, 2011

Merompak Guna Darah


WELLINGTON: Seorang perompak yang bersenjatakan jarum suntikan berisi darah, melarikan wang sejumlah NZ$2,000 dari sebuah bank di New Zealand.

Televisyen New Zealand (TVNZ) melaporkan lelaki berkenaan memperoleh wang itu dengan mengancam tiga kakitangan dengan jarum itu.

Pekerja yang bimbang darah dalam jarum suntikan dicemari Aids, menyerahkan wang itu.

Anggota Skuad Pertahanan Bersenjata mengeledah rumah lelaki yang disyaki itu di bandar Christchurch, Pulau Selatan, tetapi gagal mengesannya.

TVNZ berkata, ini adalah kali pertama teknik berkenaan digunakan bagi merompak di New Zealand.

No comments:

Post a Comment