Sunday, January 30, 2011

Misteri The Blair Witch Project


"Masih ingat lagi dengan filem seram “The Blair Witch Project” di mana tiga orang pelajar filem yang cuba membongkar kisah legenda puaka Blair (Blair Witch) yang menjadi penunggu hutan Burkittsville di Maryland? Ketiga-tiga pelajar yang mengambil bahagian dalam projek itu Michael William, Heather Donahue dan Joshua Leonard telah dilaporkan hilang."


Walaupun filem “The Blair Witch Project” merupakan khalayan semata-mata namun peristiwa-peristiwa yang digambarkan di dalam filem tersebut sememangnya berlaku dalam kehidupan sebenar. Sepanjang tempoh lima tahun, 10 orang telah dilaporkan hilang di kawasan berhampiran Green Mountains Vermont. Hutan di kawasan itu dipercayai berhantu dengan bayang-bayang yang menyeramkan dan juga cahaya aneh.

Pada 1942, seorang pekerja kilang yang bernama Henry MacDowell telah membunuh rakan sekerjanya lalu melarikan diri dan menyusup ke dalam hutan berhampiran Gunung Vermont. Sejak itu ,dia tidak lagi ditemui sehingga kini.

Pada 12 November 1945 , Middie Rivers mengetuai aktiviti pemburuan. Apabila kumpulannya pulang ke kem berhampiran Long Trail Road dan Route 9 , barulah disedari bahawa Middie telah hilang! Pasukan polis dan penyelamat melakukan tugas mencari namun Middie tidak ditemui. Hanya ada satu petunjuk misteri iaitu sebutir peluru yang ditemui berhampiran anak sungai dipercayai ianya terjatuh semasa Middie sedang minum air.


Setahun selepas itu pada 1 Disember 1946 , seorang pelajar Kolej Bennington yang berumur 18 tahun hilang tanpa dikesan di Long Trail. Paula Welden menumpang sebuah kereta ke Long Trail untuk aktiviti mendaki bukit. Namun dia dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke kolej. Beberapa orang saksi mengesahkan pernah terserempak dengan Linda semasa beliau tiba di kawasan itu. Walaupun diumumkan ganjaran sebanyak 5,000 dolar dan pertolongan daripada FBI, Paula Welden tetap tidak ditemui sehingga kini.


Tiga bulan selepas kehilangan Paula Welden, James E Tetford pula dilaporkan hilang selepas melawat saudara-maranya di St.Albans. Tetford, bekas askar yang tinggal di Soldier’s Home di Benningtion tidak pernah turun dari bas apabila sampai di destinasinya. Paling menghairankan adalah beg dan barang miliknya yang lain masih berada elok di dalam bas.

Pertengahan bulan Oktober 1950, seorang ibu terkejut dan ketakutan apabila anak kesayangannya, Paul Jepson, 8 tahun, hilang dari ladangnya. Ibunya membiarkannya bermain-main di kandang babi semasa beliau memberi makan haiwan ternakannya. Paul yang berjaket merah tidak dapat dikesan di dalam hutan. Anjing pengesan digunakan untuk mengesan Paul Jepson dan jejaknya berakhir di tepi lebuhraya.

No comments:

Post a Comment