Sunday, January 30, 2011

Kematian Yang Aneh Serta Lucu

Sebagai manusia biasa, kita nih tak dapat nak elak daripada kematian. Cubalah duduk dalam kubu sekalipun, kalau takdir dan tentukan…takde harapan lagi.


kisah 1
Sedang Victorio memandu keretanya berhampiran Naples, Itali,angin yang kuat tiba-tiba melanda menyebabkan kereta yang dipandunya itu tercampak ke dalam sungai. Untuk mengelakkan diri daripada mati lemas, Victor memecahkan tingkap keretanya dan berenang ke tebing sungai. Dia terselamat, tetapi tiupan angin yang terlalu kuat mengakibatkan sebatang pokok di tebing sungai berkenaan tumbang lalu menghempap tubuhnya. Victor mati di tempat kejadian.



kisah 2
Seorang lelaki terjatuh apabila dilanggar oleh sebuah kereta di New York, Amerika Syarikat. Dia bangun semula tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Bagaimanapun, atas nasihat seseorang yang kebetulan berada di tempat kejadian, lelaki tersebut berbaring semula di depan kereta berkenaan dan berpura-pura sakit. Kononnya cedera teruk akibat kemalangan itu. Tujuannya supaya dia akan mendapat pampasan daripada syarikat insurans. Malangnya lelaki tersebut mengalami cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia apabila secara tiba-tiba kereta berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar tubuhnya.



kisah 3
Satu majlis memberi penghormatan terakhir diadakan di Tasik Kushaqua, New York,untuk seorang wanita yang disangkakan telah mati akibat serangan jantung. Mayat wanita itu terbujur didalam kerana sementara orang ramai yang menziarahi wanita tersebut menangis meratapi pemergiannya. Tiba-tiba wanita tersebut bangun dari keranda dan menyebabkan semua yang berada di rumah tersebut terkejut besar termasuklah adik perempuannya yang rebah dan tidak terus bangun-bangun sehinggalah ke akhir ini!!!



kisah 4
Walter Hallas, 31, seorang kerani sebuah stor di Leeds, England mengalami sakit gigi yang agak teruk. Dia mengerang kesakitan tetapi takut untuk menemui doktor gigi. Untuk melegakan kesakitan, Hallas memanggil kawannya dan meminta kawannya itu menumbuk ke arah rahangnya. Tumbukan padu dilepaskan , Hallas terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai dan menyebabkan dia meninggal dunia akibat tengkoraknya retak.

No comments:

Post a Comment