Friday, January 28, 2011

Shadow Ghost

Posting untuk kali ini pasti ramai yang pernah mengalami kejadian seperti ini. Di mana kadang-kadang kita terdengar orang berjalan berhampiran kita, bunyi orang mandi atau melakukan sesuatu aktiviti di rumah dan ternampak kelibat seseorang di dalam rumah, sedang ketika itu anda keseorangan!

Ya, fenomena ini dipanggil sebagai shadow ghost.

Apakah ia shadow ghost?

Shadow ghost kebiasaan akan muncul dalam bentuk bayang-bayang selain dari membuat bunyi. Tak dapat dipastikan apa niat dia, adakah untuk menemani kita atau sebaliknya. Namun syaitan tetap dengan janji dia, iaitu menyesatkan orang-orang yang beriman. Hantu ini terbahagi kepada tiga jenis atau bentuk. Biasanya dia akan menampakkan dirinya melalui pandangan tepi mata kita (cuba jelling sebelah anda?) hantu jenis ini kebiasaan susah untuk ditangkap gambarnya menggunakan kamera, kerana dia akan hilang bila terkena cahaya (buka lampu cepat!). Malahan dia amat benci pada binatang seperti kucing. Kehadirannya juga kadang kala boleh dikesan dengan berpandukan bunyi cicak! (ayooo cicak dah berbunyi!)

Bentuk shadow ghost.

1. muncul seperti bentuk awan yang besar.
2. muncul dalam bentuk glob dan bulat.
3. muncul dalam bentuk manusia, suka belari-lari lintas-lintas depan mata. Bentuk fizikal, kepala tersambung dengan bahu.

Di mana ia selalu munculkan diri?
Kebiasaannya di rumah-rumah. Kadang kala ia ada muncul di luar pada jarak pandangan yang jauh.

No comments:

Post a Comment