Tuesday, January 25, 2011

Himpunan Kisah UFO di Malaysia (yg ada foto sahaja ye....)

Sebenarnya ade banyak artikel ataupun laporan mengenai kemunculan UFO di Malaysia ni, tapi aku x nak masukkan semua kat sini, takut korang termuntah/pengsan plak sebab banyak dan terlalu panjang nk dibaca..
So, aku pilih yg mane ade foto saja la ye.........

KAWAH berbentuk 'Y' yang dipenuhi air di kawasan lapang
berpaya dan didakwa kesan objek asing turun telah ditemui
di Kampung Gobek, Tanah Merah, Kelantan pada Mac 2000.
OBJEK terbang mengeluarkan cahaya terang ialah
bentuk UFO paling kerap disaksikan di negara ini.


UFO Berlegar Di Langit
(dari Harian Metro)

Gambar UFO Ulu Dong di rakam secara tidak sengaja

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Pumah Kulat, Ulu Dong, Raub, Pahang, gempar apabila sebuah objek menyerupai piring terbang atau Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang langit kampung itu sebelum hilang.

Kejadian aneh itu yang menjadi buah mulut penduduk dirakam seorang pelajar sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Aiman, menggunakan kamera digitalnya, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, pelajar tingkatan satu itu berada di luar halaman rumahnya untuk merakam gambar pemandangan waktu senja menggunakan kamera digital yang baru dibeli abang sulungnya dengan harga RM600.

Bagaimanapun, secara tidak sengaja, dia berjaya merakam gambar objek seperti piring terbang berlegar-legar di ruang langit kampung itu hampir dua minit.

Rakaman gambar itu disedari ibu saudara pelajar itu yang juga pegawai penyelidik Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan suaminya, Azahari Sulong, 40, minggu lalu.

Menurut Azahari, dia yang pulang ke kampung Rabu lalu, untuk menghadiri majlis pengebumian nenek saudara sempat singgah ke rumah keluarga Aiman untuk bertanya khabar.

Aiman tidak sabar menunjukkan gambar yang disimpan dalam kamera digital itu.

Pada mulanya Aiman sekadar mahu menunjukkan gambar ikan Sebarau yang ditangkap bersama abangnya, Zahidi, 27.

Namun dia tiba-tiba bertanya sama ada saya ingin melihat gambar UFO yang dirakamnya pada 8 Jun lalu. Saya dan isteri terkejut mendapati objek yang didakwa piring terbang itu benar-benar jelas kelihatan pada skrin kamera digital, katanya.

Menurutnya, objek piring terbang terbabit kian jelas selepas gambar itu dibesarkan.

Dia yang bertugas sebagai kakitangan Penjara Kajang, berkata hanya dua rakaman gambar disimpan manakala beberapa lagi sudah dibuang.

Isteri saya kemudian memindahkan rakaman gambar terbabit ke komputer sebelum dapat melihatnya dengan lebih jelas.

Penelitian ke atas gambar menunjukkan piring terbang itu seolah-olah sedang menjatuhkan objek bercahaya ke kawasan hutan berhampiran kampung, katanya.

Ini dibuktikan melalui gambar kedua apabila objek bercahaya itu semakin besar dan mendekati bumi.

Mustahil objek bercahaya itu bintang di langit kerana ia bergerak dalam kadar pantas yang dipercayai menghampiri kawasan Empangan Hidro Elektrik Mini di kawasan Lata Jarum.

Pelbagai persoalan timbul kemungkinan kehadiran piring terbang itu ada kaitan dengan tarikan stesen jana kuasa elektrik itu yang menjadi sumber tenaga ke daerah Raub, katanya.


Pelajar Dakwa Lihat Objek Berlegar-Legar
(Utusan Malaysia)
- 25-5-1999

SEREMBAN 24 Mei 1999 - Seorang pelajar mendakwa melihat satu objek terbang yang tidak dikenali (UFO) di ruang udara Kampung Bemban Hilir di Mambau dekat sini sebelum objek itu turun berlegar-legar berhampiran rumahnya.

Mohd. Fahmi Abu Hassan, 17, berkata, objek itu mengeluarkan cahaya biru terang-benderang sehingga menyebabkan dia sukar melihat dengan jelas objek tersebut.

Dia kemudian ternampak satu lembaga setinggi kira-kira 0.5 meter turun dari ruang udara.
"Kesan Tapak Kaki" Lembaga Itu
Ketika itu cahaya yang dikeluarkan objek terbang itu bertambah terang dan sukar untuk saya melihat lembaga itu, katanya di sini hari ini.

Tinjauan Utusan di kawasan rumah Mohd. Fahmi mendapati terdapat tujuh bekas tapak kaki sedalam 0.5 sentimeter.

Tapak yang mempunyai empat jari itu dipercayai mempunyai kuku tajam berdasarkan pada bekas cengkaman yang jelas kelihatan pada tanah.

Pelajar itu mendakwa, UFO itu dikesan pada kira kira pukul 4.30 pagi ini ketika dia tersedar daripada tidur.

Mohd. Fahmi memberitahu, dia terjaga selepas mendapati bumbung zink rumahnya berbunyi kuat seolah-olah ditiup angin.

Saya tersedar dan kemudian,mendapati angin bertiup kencang seolah-olah cuaca hendak hujan, katanya.

Sebelum ini, dua kejadian yang membabitkan UFO telah menggemparkan penduduk daerah Baling, Kedah dan di kawasan Ipoh, Perak.





Bunyi Kuat Sebelum UFO Muncul
(Utusan Malaysia)
- 22-5-1999

Lakaran UFO mengikut
gambaran penduduk Baling.
BALING 21 Mei 1999 - Bunyi dentuman yang kuat seperti guruh kedengaran beberapa jam sebelum penemuan objek yang tidak dikenali (UFO) dilihat berlegar-legar di udara sekitar pekan baru Kupang awal pagi kelmarin.

Penduduk yang terlihat objek tersebut, Md. Noor Abdul, 60, berkata, dia berasa hairan kerana dentuman tersebut jelas menggegarkan suasana malam walaupun tiada hujan turun ketika itu. Dentuman tersebut kuat, agak pelik dan amat berbeza dengan bunyi guruh yang biasanya kita dengar. Katanya kepada Utusan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggul Chicar Kupang dekat sini hari ini.

Katanya, dia percaya bunyi yang kuat itu ada kaitan dengan objek yang dilihatnya tidak lama selepas itu, iaitu pada kira-kira pukul 5.20 pagi.

Menurutnya, dia memerhati pergerakan objek tersebut dengan teliti dan yakin bukan kapal terbang biasa kerana ia tidak mengeluarkan bunyi malah bercahaya di dalamnya.

Utusan hari ini melaporkan penduduk di daerah ini gempar apabila beberapa orang daripada mereka mendakwa terlihat UFO berlegar-legar di udara pekan Kupang kira-kira pukul 5 pagi kelmarin. Mengimbas kembali bentuk sebenar objek tersebut, Md. Noor berkata, ketinggian bahagian dalam objek itu kira-kira satu meter tetapi dindingnya berwarna hijau kebiruan.

Tambahnya, objek berkenaan kelihatan nipis dan melayang tetapi saiznya besar berdasarkan pada cara pergerakannya.

Bagaimanapun katanya, objek tersebut hilang setelah melalui satu kawasan hutan kebun getah dan dusun.

Utusan yang meninjau kawasan hutan berkenaan mendapati tempat objek tersebut berlegar tidak berapa jauh daripada tempat yang dilihat oleh penduduk.

Dari segi geografi, kawasan pekan baru Kupang agak lapang dan ruang udaranya boleh dilihat de-ngan jelas setiap kali kapal terbang atau helikopter melintasi kawasan tersebut.

Sementara itu di Ipoh, penduduk di sekitar bandar raya ini dikejutkan apabila melihat satu objek yang didakwa UFO berwarna merah dan kuning berlegar-legar di udara se-kitar rumahnya, di Lim Garden, di sini, lewat petang semalam.

Kerani wanita yang bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perak, Salmah Hashim, 44, berkata, dia dan anaknya, Nadia Mohamad, 12, melihat objek berkenaan terbang ketika tiba di kawasan rumahnya pada kira-kira pukul 7 petang.

Katanya, Nadia terlebih dahulu melihat objek berkenaan sedang berlegar-legar, lalu memberitahu kejadian pelik yang dilihat itu kepadanya.

"Saya baru sahaja balik menjemput Nadia dari kelas tambahan dan apabila tiba di halaman rumah, anak saya memberitahu dia melihat satu otjek berwarna merah dan kuning berlegar-legar di ruang udara kawasan sekitar.

"Saya juga melihat objek itu, tapi saya sangkakan ia helikopter, namun apabila saya tengok betul-betul, ia bukan seperti yang saya sangkakan kerana tidak berbunyi," katanya di sini, hari ini.

Menurut Salmah, dia bersama anaknya itu hanya melihat objek berkenaan berlegar-legar selama beberapa minit sebelum ia tiba-tiba hilang dari penglihatan.


UFO Di Kedah
ALOR SETAR 14 Mac (1998)-- Sekumpulan pelajar di Taman Orkid, Simpang Empat dekat sini mendakwa mereka terlihat objek seperti piring terbang atau lebih dikenali dengan UFO berhampiran taman perumahan itu malam kelmarin. Menurut mereka yang mendakwa melihat kejadian tersebut dari jarak kira-kira 100 meter, objek sebesar saiz dua buah kereta itu berlegar-legar di kawasan itu selama beberapa minit dan sempat menyuluhkan lampu ke arah pelajar-pelajar terbabit. Pelajar terlibat memberitahu, objek tersebut yang mempunyai empat sayap di ekelilingnya mengeluarkan cahaya lampu di bahagian tepi dan juga di bahagian bawahnya.

Sekumpulan pelajar yang telah melihat UFO melakarkan
kembali apa yang mereka lihat dan menuding arah
di mana UFO tersebut berada. - Foto Utusan Malaysia
Mohd Firdaus Rashid, 12, berkata, objek itu seperti mahu mendarat di kawasan bendang berhampiran. "Tiba-tiba sahaja ia berada di kawasan tersebut sebelum naik ke atas langit dan terus hilang dari pemandangan kami.

"la menyuluhkan lampu kepada kami beberapa kali dan ketika naik ke langit ia memadamkan kesemua lampu," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, dia dan bersama enam lagi rakannya sedang bermain ketika kejadian itu selepas mengerjakan sembahyang maghrib di surau berhampiran.

Rakannya, Mohd. Nazrin Rozali, 11, pula berkata, objek itu mengeluar-kan bunyi seperti kapal terbang tetapi tidak begitu bising dan warnanya seakan-akan kelabu.

"Objek itu tidak berpusing dan kami nampak empat sayap di sekelilingnya dan lampu bawah objek itu se-perti menyuluh ke tanah," ujarnya. Menurutnya, tidak ada kesan gegaran ketika objek itu berada di kawasan tersebut tetapi mereka dapat merasakan angin yang datang daripada piring terbang itu.

Seorang lagi pelajar terlibat, Ihsan Ibrahim, 12, berkata, mereka menyangka objek yang bercahaya itu bintang ketika ia datang ke kawasan tersebut. Menurutnya, mereka melambai-lambaikan tangan he arah objet tersebut walaupun berasa takut.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment