Monday, January 31, 2011

Rayuan Peter Fagat Di Sebalik Ouija Board

Rabu, Jun 1997

Gareth Flink, Andrea Cooke dan Suzanne Collins tersandar keletihan di sofa rumah rakan mereka, John Fitzgerald. Mereka baru sahaja pulang dari bersiar-siar di Otley, Suffolk, England.

Disebabkan masing-masing belum mengantuk , John yang meminati perkara-perkara misteri dan supernatural mencadangkan agar mereka menghabiskan masa terluang itu dengan bermain Ouija Board, iaitu alat pemujaan roh. Lalu John mengambil Ouijanya yang telah lama tidak digunakan di dalam stor rumahnya. Di atas Ouia yang diperbuat daripada batu jenis Huw itu tertulis abjad A hingga Z, nombor 0 hingga 9 serta perkataan Ya dan Tidak. Selain itu terdapat alat penunjuk yang akan digerakkan oleh roh yang dipuja.


Selepas menghabiskan segelas air,keempat-empat mereka meletakkan Ouija tersebut diatas meja. Kesemua lampu dipadamkan kecuali yang menerangi meja berkenaan. John, Gareth dan Suzanne kemudiannya meletakkan tangan masing-masing di penjuru Ouija. Setelah itu,jari mereka diletakkan pada alat penunjuk. Suasana sunyi sepi, yang didengari hanyalah bunyi kenderaan lalu dihadapan rumah berkenaan. Masing-masing menumpukan penuh perhatian kepada pemujaan tersebut supaya roh mudah dihubungi.

John memulakan pemujaan dengan bertanya kepada roh-roh yang diharapkan berada di sekeliling mereka.

Tiada Jawapan.

Ada sesiapa disana ? dia bertanya lagi. Senyap. Penunjuk Ouija tidak beranjak walau seinci pun.

Selepas beberapa kali mencuba tapi masih tiada tindak balas,mereka mengambil keputusan untuk melakukannya dua atau tiga kali lagi sebagai percubaan terakhir.

Tiba-tiba,alat penunjuk beranjak perlahan-lahan ke arah YA.

Siapa kamu ?

F-A-G-A-T

Penunjuk bergerak dengan pantas berbanding jawapan pertama tadi.
Adakah kamu mahu meminta pertolongan daripada kami ? soal John.

Ya

Dari siapa diantara kami ?

G-A-R-Y

Helo, Gareth yang biasanya dipanggil sebagai ‘Gary’ menyapa.

T-O-L-O-N-G

Pertolongan yang bagaimana?

T-O-L-O-N-G

Pertolongan apa? Gary bertanya lagi.

C-A-R-I

Apa yang perlu kami cari ?
S-A-Y-A

kamu dimana ?

D-1-S-I-N-I

Sini ?

Dimana?

T-I-D-A-K-T-A-H-U

Tapi saya tak tahu sama ada saya dapat menolong kamu atau tidak.

W-3-S-T-B-A-Y

Maksud kamu westbay ?

YA

“Apa yang kamu maksudkan?”

C-A-R-I-S-A-Y-A

Kamu dimana?.Senyap

Kamu dimana?.Senyap

Helo!!! . Senyap

Tiba-tiba Gareth ketawa dan menuduh Suzanne sengaja mempermain-mainkan mereka kerana Suzanne tahu rumahnya terletak di pantai West Bay. Bagaimanapun,Suzanne dengan keras menafikan tuduhan itu. Kata Suzanne, tidak mungkin dia mempersendakan kawan-kawannya dengan sedemikian rupa.

TIDAK PUTUS ASA
Memandangkan masih banyak lagi maklumat yang perlu dikorek dari roh berkenaan,upacara Ouija dilakukan sekali lagi pada minggu berikutnya.

Hello, John memulakan pertanyaan. Senyap.

Ada sesiapa disana?,alat penunjuk Ouija masih tidak berganjak. Seperti sebelum ini, tiada sebarang jawapan diterima dalam tempoh beberapa minit.
Suzanne, Gareth, John dan Andrea masih belum berputus asa. Mereka yakin, permainan tersebut pasti akan berhasil menghubungi roh berkenaan. Akhirnya setelah beberapa kali mencuba,alat penunjuk Ouija mula berganjak. Bagaimanapun, ia lebih perlahan berbanding minggu sebelumnya.

Ada sesiapa disana ?

YA

Siapa kamu?

F-A-G-A-T

Boleh saya tolong kamu?

W-3-S-T-B-A-Y

Pernahkah kita berhubungan sebelum ini ?

YA , W-3-S-T-B-A-Y

Boleh saya tolong kamu ?, Gary memulakan pertanyaan. 

YA.

Kamu dimana ?

P-A-N-T-A-I

Kenapa ?

M-A-T-I

Mereka semua terkejut lantas menarik tangan masing-masing dari penunjuk Ouija. Permainan dihentikan serta merta. Perasaan seram yang menyelubungi menyebabkan ada diantara mereka mencadangkan supaya rog Fagat tidak dihubungi lagi. Bagaimanapun, ada juga yang berkeras supaya diteruskan kerana roh Fagat mengharapkan pertolongan.

PENCARIAN BERMULA
Selepas berbincang panjang, kesemua mereka bersetuju untuk mencari mayat Fagat di pantai West Bay, Bridport. Disebabkan terlalu sibuk dengan program yang telah dirancang lebih awal, dua minggu kemudian barulah mereka pergi ke West Bay. Kerja mencari dimulakan pada waktu tengah hari kerana pantai yang lengang ketika itu akan memudahkan mereka mengesan mayat Fagat tanpa ada sesiapa mengesyaki.

Malangnya, laut yang sedang pasang telah menenggelamkan sebahagian besar pantai besar menyebabkan ia terputus kepada tiga kawasan. Ketiga-tiga kawasan itu pula terpisah pada jarak yang agak jauh diantara satu sama lain. Bagi memudahkan pencarian, Suzanne,John, Gareth dan Andrea memutuskan untuk mencari di salah satu lokasi yang dianggap munasabah. Di satu kawasan pantai tersebut, terdapat himpunan ketulan batu-batu besar sementara di hujung satu lagi landai dengan hamparan pasir. Di tengah-tengah kawasan tersebut pula terdapat longgokan kerikil serta bongkah-bongkah batu besar.

Mereka berpecah kepada dua kumpulan, bermula dengan meninjau kedua-dua hujung pantai secara serentak namum hasilnya hampa. Sewaktu duduk berehat dan berbincang, batu yang diduduki oleh Gareth tiba-tiba teranjak. Dia hampir terjatuh. Gareth bangun dan merenung batu tersebut. Dia berasa ada sesuatu yang ganjil pada batu tersebut . Tanpa membuang masa, batu-batu kerikil dibawah dan disekitar batu berkenaan diselongkar. Tidak sampai seminit kemudian, kelihatanlah sehelai jean biru serta kemeja-T hitam di bawan timbunan pasir serta batu-batu tersebut.

Akhirnya mereka menjumpai satu mayat yang sudah reput dan berbau dalam keadaan tertiarap. Gambar dirakam dan kemudian salah seorang daripada mereka membuat laporan polis sementara tiga yang lain menunggu mayat berkenaan. Setengah jam kemudian, polis sampai ke pantai West Bay dan memasukkan mayat berkenaan ke dalam bungkusan. Mereka disoal siasat kemudian dilepaskan semula setelah memberitau mereka terjumpa mayat berkenaan semasa berkelah di situ.

Beberapa hari kemudian, mereka mendapat maklumat bahawa mayat tersebut adalah salah seorang nelayan yang hilang sewaktu pergi memancing di perairan Weymouth, berhampiran West Bay.

Nama lelaki itu adalah Peter Fagat!!!

No comments:

Post a Comment