Sebelum dikenali sebagai Bermuda Triangle atau Segitiga Bermuda dikenali dengan banyak nama. Antaranya adalah Segitiga Syaitan, Kawasan Kehilangan; Segitiga Maut dan lain-lain lagi. la memperolehi nama Bermuda Triangle seteiah tersiar sebuah rencana berjudul The Deadly Bermuda Triangle dalam majalah Argosy sekitar tahun 1964.
Sesebuah kapal atau pesawat udara yang mengalami kecelakaan di lautan biasanya meninggalkan berbagai kesan kemalangan, seperti tumpahan minyak dan terjumpanya barang-barang anak kapal yang mudah terapung di permukaan air. Tetapi di Bermuda Triangle kesan- kesan tersebut tidak ditemui langsung!
Misteri kehilangan kapal terbang pengebom torpedo TBM Avenger yang terlibat dalam misi 'Flight19' yang terbang dari Fort Lauderdale, Florida melalui kawasan Segitiga Bermuda, juga merupakan satu kehilangan penuh misteri sehingga ke hari ini.
Rakaman perbualan radio antara juruterbang dengan menara kawalan tidak banyak membantu dalam mencari ' sebab-musabab kehilangan pesawat udara tersebut. Malah apa yang dapat dikesan adalah perkara-perkara aneh yang sukar dimengerti.
Salah satu daripadanya ialah perbualan radio antara pihak menara kawalan di Fort Lauderdale dengan Ketua Operasi Penerbangan 'Right19', Lt Charles Taylor. Rakaman mendapati Ketua Penerbangan ’Flight 19‘ iaitu Taylor sendiri kehilangan arah dan 'tidak dapat melihat daratan'. Pihak menara memberi arahan agar beliau mengambil arah ke barat, namun gagal kerana menurut Lt Charles Taylor be1i4u tidak 'dapat menentukan di manakah arah barat. Ayat terakhir dari Charles Taylor:
"Keadaan lautan kelihatan seperti mana tidak sepatutnya ia dilihat". Selepas itu komunikasi terputus dan tiada lagi kedengaran sebarangmaklumat mengenai Lt Charles Taylor dan 'Flight 19'. Beliau dan anak kapal hilang entah ke mana.
Sehubungan kehilangan 'Flight 19' sebuah kapal udara yang mampu mendarat di permukaan air telah dihantar untuk mencari pesawat-pesawat misi 'Flight19'. Malangnya pesawat 'Martin Mariner' itu bukan sahaja tidak bertemu dengan pesawat-pesawat yang hilang malahan pesawat itu juga turut ghaib di segitiga berhantu itu. Terdapat banyak teori dan pendapat yang diberikan mengapa berlakunya perkara-perkara aneh dan kehilangan misteri di Bermuda Triangle.
Edgar Cayce, seorang psychic memberikan pandangan bahawa kawasan dasar Bermuda Triangle merupakan runtuhan tamadun Atlantis. Pada zaman tesebut masyarakat Atlantis bergantung kepada sebuah 'kristal penjana tenaga' yang mengeluarkan tenaga elektrik yang kekuatannya mungkin sama atau lebih kuat daripada tenaga nuklear yang dimiliki manusia masa kini.
Menurut Edgar hilangnya kawalan terhadap 'kristal tenaga' yang dikongsi bersama itu menyebabkan terjadinya satu bencana buruk yang menyebabkan Atlantis musnah dan tenggelam. Bagaimanapun 'kristal tenaga’ yang berada di dasar laut berkenaan masih aktif dan bertindak secara rawak mengeluakan tenaga elektromagnetik yang kuat yang mampu mengganggu keadaan persekitaran dan menyebabkan berlakunya bencana apabila sesebuah kapal atau kapal terbang melalui kawasan itu.
Segitiga Bermuda juga dikatakan tempat bersarangnya UFO. Ini kerana UFO kerap dilihat di kawasan segitiga maut itu.
Christopher Columbus pelayar masyhur yang bertanggungjawab menemui 'tanah baru' Amerika. Semasa dalam pelayaran beliau juga pemah mengalami kejadian aneh di Segitiga Bermuda. Ia terjadi apabila sebuah objek bercaya di udara mengelilingi kapalnya sebelum ia menjunam ke dalam laut.
Pada oktober 1969 seramai tujuh puluh orang anak kapal sebuah kapal pemusnah peluru berpandu Josephus Daniels yang dalam perjalanan pulang dari Guatanamo ke Cuba telah terserempak sebuah objek bulat yang muncul dari kaki langit. la bergerak laiu dan terbang menghampiri kapal tersebut. Apa yang menghairankan adalah objek tersebut tidak muncul di skrin radar walaupun ia dapat dilihat dengan jelas oleh anak-anak kapal.
Pada tahun 1974 Art Ford seorang pemberita, penulis dan juga seorang pensyarah yang bertahun-tahun mengikuti kes kehilangan ’Flight 19' berkata beliau pernah mendapat maklumat daripada seorang operator ham-radio yang mengatakan bahawa salah satu perbualan Charles Taylor 'semasa terperangkap di Bermuda Triangle ada menyebut: "Jangan ikut aku! Mereka kelihatan seperti dari alam lain”.
Muhammad Isa Dawud penulis buku 'Dialog Dengan Jin Islam' pula mencatatkan beliau catatkan beliau kononnya pernah bicara dengan Jin. Jin itu menerangkan tentang iblis yang mempunyai kerajaan dan singgahsana di Segitiga Bermuda dan mereka amat gemar melihat kematian manusia. Maka dengan sebab itulah setiap manusia yang lalu-lalang menaiki kenderaan akan 'disambar' oleh iblis dan konco-konconya yang akhimya menyebabkan sesebuah kapal atau kapal terbang hilang lenyap begitu sahaja.
Walaupun banyak kehilangan secara misteri berlaku di Segitiga Bermuda namun terdapat juga orang yang berjaya melepasi kawasan maut itu.
Pada November 1964 Chuck Wakely, seorang juruterbang bagi Syarikat Penerbangan Sunline (Sunline Aviation) di Miami terbang menghala ke Bimini setelah menurunkan penumpang di Nassau. Keadaan langit cerah tidak berkabus menyebabkan bintang-bintang kelihatan bersinar terang di langit. Ketika dalam perjalanan satu kejadian ganjil terjadi ke atas Chuck. Sayap pesawat udara yang dipandunya tiba-tiba mengeluarkan satu pancaran.
Mulanya beliau menyangka cahaya tersebut merupakan pantulan atau refleksi pada cermin kabin juruterbang. Namun cahaya yang muncul secara tiba-tiba tadi semakin terang dan memenuhi setiap ruang pesawat udara menyebabkan seolah-olah pesawat: udaranya itu pula yang mengeluarkan cahaya yang terang yang menyilaukan.
Peralatan penerbangan di kokpit juruterbang (dashboard) dalam pesawat udara yang dipandunya tidak berfungsi dengan baik. Jarum kompas berputar menggila tidak menentu.
Pacuan automatik pesawat udaranya hanya mendorong pesawat udaranya menghala ke kanan menyebabkan beliau terpaksa beralih kepada penerbangan secara manual.
Keadaan di luar tingkap kian aneh, hanya cahaya biru kehijauan yang tidak diketahui dari mana datangnya sahaja yang kelihatan.
Chuck seperti sudah hilang arah, kerana ufuk langit dan bintang-bintang yang boleh dijadikan panduan semasa terbang kini tidak kelihatan lagi. Beliau hanya berserah kepada keadaan.
Namun Chuck bernasib baik, kerana akhirnya cahaya yang rnuncul secara tiba-tiba itu kian malap pancarannya. Keadaan di luar pulih seperti biasa, dan akhirnya bintang-bintang di langit kembali kelihatan
Peralatan penerbangan di dalam kokpit pulih seperti biasa, dan Chuck terlepas daripada menjadi mangsa Segitiga Bermuda.
Satu lagi kejadian hampir serupa berlaku ke atas seorang rakyat Malaysia. Beliau yang dikenali sebagai Kapten Dion, pernah mengalami kejadian aneh di Segitiga Bermuda. Menurut beliau ketika melalui kawasan Segitiga Bermuda keadaan sekeliling samada langit, lautan, kiri atau kanan putih seperti kapas. Tiada lain yang beliau ingatkan pada ketika itu kecuali Allah dan beliau melaungkan azan. Sejurus selepas itu keadaan kembali seperti sediakala tetapi pesawat yang dipandu beliau berada dalam keadaan 'spiral dive' menjunam ke laut. Namun kecekapan beliau memandu kapal terbang menyebabkan kapal terbang dapat dikawal sepenuhnya dan akhirnya beliau selamat tiba di Florida.
Sehingga hari ini Segitiga Bermuda masih merupakan suatu misteri yang sukar difahami. Sesuatu yang misteri tentu ada jawapannya dan jawapan terbaik adalah dengan membuka minda terhadap pekara-perkara yang aneh dan misteri yang hanya Pencipta alam ini sahaja mengetahui rahsianya.
Salam. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah ayahanda saya Kapten Dion Bakar. Saya anak kepada arwah. Arwah memang juruterbang yg hebat (bukan nak bias) tetapi dari pengalman sy sendiri bersama beliau. Terima kasih atas perkongsian artikel ini.
ReplyDeleteAmin Ya Robbal Alaminnn....
Delete