Friday, January 28, 2011

Makhluk Aneh Di Mexico

Mengapa Mexico menjadi pilihan mereka?

Kita sudah maklum tentang sejarah yang memeranjatkan dunia. Pasal UFO ni, iaitu cerita tentang UFO telah terhempas di Roswell, Mexico pada tahun 1947. Semenjak dari kejadian tersebut pelbagai cerita misteri wujud di sana. Malahan ia juga membuka minda dan melahirkan satu fenomena iaitu bidang paranormal. Manusia mula mengorak langkah dari tahun tersebut bagi mengkaji makhluk dari "dunia luar" ini.

Kemudian wujudnya konspirasi dari kerajaan, yang menubuhkan pasukan siasatan khas yang dinamakan MiB bagi merahsiakan kegiatan tentang UFO. Video2 pembedahan forensik alien dari Roswell, Area 51 yang dikenali sebagai pusat kajian UFO dan bermacam-macam lagi seolah macam cerita berantai. Bersambung tanpa penghujung.

Cuma satu saja yang menjadi tanda tanya mereka adalah, mengapa Mexico menjadi satu tempat yang paling kerap dikunjungi?

Contohnya video ini, beberapa remaja sedang gembira bermain bola. Seorang dari mereka mengambil video dengan menggunakan handphone kameranya. Sedang khayal mereka bermain, rupa-rupanya mereka diperhatikan oleh makhluk yang mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Saksikan lah... dan nilaikan sendiri.

No comments:

Post a Comment