Sunday, January 30, 2011

Misteri Di Belmez

Apalah agaknya reaksi anda apabila rumah anda yang aman damai itu rupa-rupanya tempat berlakunya aktiviti paranormal atau lebih sesuai di sebut "laluan makhluk ghaib".
Baiklah, hari ini aku akan menceritakan kejadian pelik di Belmez di mana penghuninya sering berhadapan dengan pengalaman yang menakutkan. Fenomena luar biasa ini terjadi di sebuah rumah di kawasan Desa Belmez berhampiran Cordoba, Sepanyol. Keluarga Maria Gomez Pereira tidak pernah menyangka bahawa di rumah mereka itu sering berlaku kemunculan wajah-wajah aneh yang entah dari mana datangnya.
Pada suatu hari , semasa Maria Gomez Pereira hendak menyediakan sarapan pagi , beliau terperanjat dan menjerit ketakutan apabila menjumpai wajah aneh mirip manusia di lantai dapur yang sedang merenungnya. Beberapa minit kemudian, wajah aneh yang merenungnya itu hilang. Maria mengganggap itu hanyalah khayalannya dan tidak menceritakan kepada ahli keluarganya yang lain.

Anggapan Maria ternyata salah apabila anaknya yang sedang duduk bersama neneknya di dapur pula tiba-tiba cemas. Wajah aneh yang suram tiba-tiba muncul di lantai marmar. Selepas kejadian itu , banyak wajah aneh muncul di atas lantai dan dinding dengan ekspresi wajah yang sedih dan memilukan. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan mereka sekeluarga ketakutan. Kejadian itu berlaku pada 23 Ogos 1971.
Suami Maria yang tidak mahu kejadian aneh yang berlaku di rumah mereka itu tersebar luas di pelusuk desa segera mencari jalan untuk menghilangkan gangguan tersebut. Tetapi , walaupun pelbagai cara telah dilakukan , wajah-wajah aneh masih lagi muncul dengan lebih kerap. Ekspresi wajah aneh itu menjadi semakin pilu dan matanya semakin luas dibuka

Apabila semakin kerap wajah aneh itu muncul, suami Maria mengambil keputusan untuk membuang seramik di lantai rumah mereka dan menggantikan dengan simen. Seminggu kemudian , wajah aneh itu kembali muncul di lantai simen. Kali ini wajah itu kelihatan lebih jelas daripada yang sebelumnya. Kemunculan tetamu yang tidak diundang itu dilaporkan kepada pejabat pemerintah setempat untuk melakukan penyelidikan.
Penyelidikan dijalankan selama seminggu dan lantai bangunan itu digali. Jauh dibawah tanah , mereka menemui sesuatu yang mengejutkan. Di celah-celah himpitan batu dan simen , mereka menemui kerangka manusia yang dipercayai berasal dari abad pertengahan. Kerangka itu kemudian dievakuasi dan tapak bekas penggalian itu segera ditutup dengan lapisan simen.

Namun beberapa minggu kemudian, wajah yang lain pula muncul di tempat yang sama. Selepas itu muncul lagi beberapa lagi wajah aneh yang lain. Wajah-wajah itu seperti memberitahu Maria mereka merintih kesakitan dan mengharap pertolongan .Walaupun mereka telah melakukan pelbagai cara untuk mengusir wajah-wajah aneh itu , ianya tetap kembali dan kemunculan selepas itu menjadi semakin lebih kerap dan, lebih menakutkan.
Berita tersebar luas dan rumah keluarga Maria Gomez Pereira di Belmez, telah di cop sebagai rumah berhantu. Setiap orang yang berada di sana pasti dapat melihat kemunculan wajah aneh itu. Fenomena aneh ini segera memancing sejumlah pakar mengenai paranormal. Mereka melakukan penyelidikan di keseluruhan rumah. Namun hingga kini belum ada teori dan jawapan yang cukup memuaskan.


Apakah yang sebenarnya yang terjadi di Belmez?

Milik siapakah wajah-wajah itu?

Menurut cerita, tapak rumah yang didiami oleh Maria Gomez sekeluarga itu dahulunya dijadikan sebagai tempat hukuman mati ahli sihir. Mereka ini dibunuh , dibakar lalu di humban ke dalam lubang tapak rumah itu. Ada juga ahli sihir yang ditanam hidup-hidup. Ada suara-suara sumbang mengatakan , wajah-wajah yang muncul di rumah Maria Gomez itu menuntut menuntut pengampunan dan pengebumian yang sempurna.

No comments:

Post a Comment