Jam menunjukkan pukul 6 pagi.Halstead segera ke tingkat empat untuk meninjau keadaan di sana. Secara tiba-tiba, dia terasa keadaan di sekelilingnya amat dingin. Bulu romanya tegak berdiri. Lalu , dia mengambil kameranya dan merakam gambar di kawasan tersebut secara spontan.
Pada keesokan harinya , semasa hendak mencuci kepingan filem yang di ambilnya semalam. Beliau melihat ada satu imej seseorang yang berdiri di tepi dinding bilik tersebut. Padahal , tiada sesiapa di bilik tersebut malam tadi melainkan tanda-tanda aneh kehadiran entiti hantu.
Dari jauh kelihatan imej hantu wanita misteri yang bersandar di dinding. |
Imej hantu itu berupa seorang perempuan muda ( lingkungan diantara umur 17-18 tahun ), berambut hitam ikal mayang dan memakain gaun.
Gambar yang berjaya merakamkan imej hantu wanita muda itu dianugerahkan anugerah “Best Ghost Evidence” di First Paranormal Awards Ceremony pada majlis Ghost World Conference.
No comments:
Post a Comment