Sunday, January 30, 2011
Misteri Panahan Petir
Pada tahun 1899, panahan petir membunuh seorang lelaki yang berdiri di belakang rumahnya di Tarato, Itali. Tiga puluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1929 anak lelaki si mati terkorban dengan cara yang sama, tidak berapa jauh dari tempat ayahnya terbunuh.Pada 8 oktober 1949 pula, Rolla Primarda, generasi ketiga keluarga itu, anak mangsa kedua menemui ajal dengan cara yang sama.Masyarakat setempat menuduh lelaki itu terkena sumpahan lalu menghantui beberapa generasi berikutnya.
Apa yang dialami keluarga itu turut menimpa seorang pegawai tentera British, Mejar Summerlord. Pada waktu hujan renyai tahun 1918, Summerlord yang sedang menunggang kuda dan merentasi sebuah padang di Flanders terdengar bunyi dentuman kuat. Dia tercampak beberapa meter dan kemudiannya mendapati kudanya terbunuh disambar petir.
Walau bagaimanapun, dia hanya lumpuh. Akibat daripada itu, dia ditamatkan perkhidmatan dan berpindah ke Vancourver, Kanada bagi memulakan hidup baru.
Lima tahun kemudian, Summerlord menghabiskan waktu petang dengan berehat di bawah sebatang pokok, sekali lagi petir hampir menyambarnya. Dia terselamat, cuma dahan pokok yang serkah. Pada musim bunga tahun berikutnya, Summerlord bersiar-siar di sebuah taman. Cuaca yang redup mendorongnya berkerusi roda lebih jauh. Sebaik tiba di sebuah kawasan lapang, belum pun sempat menghilangkan penat, petir berdentum. Serangan kali ini menyebabkan Summerlord maut.
Keadaan tidak habis di situ apabila empat tahun kemudian semasa hujan lebat, kubur Summerlord yang terletak di tengah kawasan pusara ternama di Vancourver terkena petir. Hingga kini, tiada siapa yang dapat menjelaskan kenapa petir sentiasa mengejarnya ke mana sahaja.
Labels:
Pelik?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment