Monday, January 31, 2011

Bahtera Nabi Nuh A.S



Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar.Pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu. 

Gambar2 itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn ‘rahsia2′ penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban. 

Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg ‘mahaberharga’ itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. 

Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri.

Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa2 besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya.
Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar. 

Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu they all dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam.

Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C 

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yg pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi. 
Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. 
Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan. 
Hari nih terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia,
8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. 

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat:
Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)

The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?
Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina di sebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia,Iran,Turkey”. 

Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau korang tengok
CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr’jaan Turkey. 
Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.

Sebuah ‘anchor’ purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah ‘batu nisan’ yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. 

Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut. 
Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut. 
Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji] 

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda,  Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. 

Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Potret Dorian Gray



Dorian Gray adalah seorang lelaki inggeris yang kaya. Dia tinggal di kota London semasa zaman Victoria. Seperti lelaki-lelaki lain dia gemarkan seni dan wanita-wanita cantik. Tapi nasibnya baik, Dorian bukan saha kaya tetapi kacak, matanya berwarna biru cerah dan rambutnya pula perang keemasan. Wajahnya yang tampan menyebabkan ramai wanita yang tergila-gilakannya.

Disebabkan ketampanannya, seorang pelukis potret terkenal, Basil Hallward terlalu ingin mengabadikan wajah jejaka tampan itu dalam lukisannya. Bagaimanapun permintaan tersebut ditolak. Setelah puas dipujuk, barulah Dorian bersetuju dengan permintaan Basil. Tapi sebaik saja melihat potret wajahnya yang telah siap, dia cuba memusnahkannya.
 Lukisan itu terlalu indah sehinggakan Dorian tidak dapat menerima kenyataan. Menurutnya, dia akan tua dan hodoh manakala potretnya akan terus muda dan tampan. Basil berhasil melarangnya dan berjaya memujuknya agar menggantungkan potret itu di dalam perpustakaan rumahnya.

Beberapa hari kemudian, beberapa kejadian ganjil telah berlaku. Kelakuan Dorian mula berubah. Dia memutuskan pertunangannya dengan seorang pelakon, Sybil Vane. Lama kelamaan perangainya semakin buruk. Bekas tunangnya yang terlalu kecewa membunuh diri dengan meminum racun.

Sehari selepas kematian tunangnya, Dorian masuk ke perpustakaan. Dia ternampak kedut-kedut halus muncul di sekeliling mulut pada potretnya. Tapi wajahnya yang sebenar tetap tampan seperti biasa. Melihatkan kejadian aneh itu, Dorian mengalihkan potretnya ke sebuah bilik di tingkat atas. Di sana tiada orang yang akan melihat potretnya yang semakin hari semakin hodoh dan menyeramkan.



Tahun demi tahun berlalu, kisah mengenai kelakuan buruknya semakin tersebar di kota London. Tapi mereka amat terperanjat melihat wajah Dorian yang masih tampan dan tidak sedikitpun berubah.

Satu hari,pelukis potretnya , Basil telah berkunjung ke rumahnya untuk melihat lukisan itu. Bagaimanapun Dorian enggan membenarkannya. Tanpa pengetahuan Dorian, Basil berjaya mencuri lihat potret lukisannya. Tapi dia begitu terperanjat apabila melihat di dalam potret itu ialah wajah seorang lelaki tua.
 Tiba-tiba Dorian masuk ke bilik itu dan menyalahkan Basil kerana melukis potret yang sangat indah daripada wajahnya yang sebenar. Akibat terlalu marah, dia menikam Basil dan tidak semena-mena dalam lukisan potret itu, tangannya berlumuran darah. Selepas kejadian itu Dorian masih meneruskan kelakuan buruknya sehinggalah satu ketika dia jatuh cinta dengan seorang gadis jelita yang baik hati. Dia bertekad untuk kembali ke pangkal jalan.

Memikirkan potret itu mungkin boleh membuka lembaran baru dalam hidupnya, Dorian merenung potret wajahnya. Tapi apa yang dilihatnya adalah hanyalah wajah bengis sementara darah di tangan lebih merah daripada biasa,

Melihatkan keadaan itu Dorian menikam potret itu bertubi-tubi dengan pisau yang digunakan untuk membunuh Basil. Dia yakin dengan menikam potretnya itu , dia boleh memusnahkan kisah silamnya dan memulakan lembaran baru dalam hidupnya. Apa yang berlaku seterusnya tidak diketahui.


Selepas beberapa hari Dorian tidak muncul, pembantu rumahnya mula mencari,sebaik sahaja masuk ke biliknya, seorang lelaki tua dan hodoh ditemui mati dengan pisau tertusuk di dadanya.
Lelaki berkenaan dikenalpasti sebagai Dorian berpandukan cincin yang dipakainya. Dan di atas mayatnya tergantung potret Dorian Gray – yang muda,kacak dan tersenyum riang.

Rayuan Peter Fagat Di Sebalik Ouija Board

Rabu, Jun 1997

Gareth Flink, Andrea Cooke dan Suzanne Collins tersandar keletihan di sofa rumah rakan mereka, John Fitzgerald. Mereka baru sahaja pulang dari bersiar-siar di Otley, Suffolk, England.

Disebabkan masing-masing belum mengantuk , John yang meminati perkara-perkara misteri dan supernatural mencadangkan agar mereka menghabiskan masa terluang itu dengan bermain Ouija Board, iaitu alat pemujaan roh. Lalu John mengambil Ouijanya yang telah lama tidak digunakan di dalam stor rumahnya. Di atas Ouia yang diperbuat daripada batu jenis Huw itu tertulis abjad A hingga Z, nombor 0 hingga 9 serta perkataan Ya dan Tidak. Selain itu terdapat alat penunjuk yang akan digerakkan oleh roh yang dipuja.


Selepas menghabiskan segelas air,keempat-empat mereka meletakkan Ouija tersebut diatas meja. Kesemua lampu dipadamkan kecuali yang menerangi meja berkenaan. John, Gareth dan Suzanne kemudiannya meletakkan tangan masing-masing di penjuru Ouija. Setelah itu,jari mereka diletakkan pada alat penunjuk. Suasana sunyi sepi, yang didengari hanyalah bunyi kenderaan lalu dihadapan rumah berkenaan. Masing-masing menumpukan penuh perhatian kepada pemujaan tersebut supaya roh mudah dihubungi.

John memulakan pemujaan dengan bertanya kepada roh-roh yang diharapkan berada di sekeliling mereka.

Tiada Jawapan.

Ada sesiapa disana ? dia bertanya lagi. Senyap. Penunjuk Ouija tidak beranjak walau seinci pun.

Selepas beberapa kali mencuba tapi masih tiada tindak balas,mereka mengambil keputusan untuk melakukannya dua atau tiga kali lagi sebagai percubaan terakhir.

Tiba-tiba,alat penunjuk beranjak perlahan-lahan ke arah YA.

Siapa kamu ?

F-A-G-A-T

Penunjuk bergerak dengan pantas berbanding jawapan pertama tadi.
Adakah kamu mahu meminta pertolongan daripada kami ? soal John.

Ya

Dari siapa diantara kami ?

G-A-R-Y

Helo, Gareth yang biasanya dipanggil sebagai ‘Gary’ menyapa.

T-O-L-O-N-G

Pertolongan yang bagaimana?

T-O-L-O-N-G

Pertolongan apa? Gary bertanya lagi.

C-A-R-I

Apa yang perlu kami cari ?
S-A-Y-A

kamu dimana ?

D-1-S-I-N-I

Sini ?

Dimana?

T-I-D-A-K-T-A-H-U

Tapi saya tak tahu sama ada saya dapat menolong kamu atau tidak.

W-3-S-T-B-A-Y

Maksud kamu westbay ?

YA

“Apa yang kamu maksudkan?”

C-A-R-I-S-A-Y-A

Kamu dimana?.Senyap

Kamu dimana?.Senyap

Helo!!! . Senyap

Tiba-tiba Gareth ketawa dan menuduh Suzanne sengaja mempermain-mainkan mereka kerana Suzanne tahu rumahnya terletak di pantai West Bay. Bagaimanapun,Suzanne dengan keras menafikan tuduhan itu. Kata Suzanne, tidak mungkin dia mempersendakan kawan-kawannya dengan sedemikian rupa.

TIDAK PUTUS ASA
Memandangkan masih banyak lagi maklumat yang perlu dikorek dari roh berkenaan,upacara Ouija dilakukan sekali lagi pada minggu berikutnya.

Hello, John memulakan pertanyaan. Senyap.

Ada sesiapa disana?,alat penunjuk Ouija masih tidak berganjak. Seperti sebelum ini, tiada sebarang jawapan diterima dalam tempoh beberapa minit.
Suzanne, Gareth, John dan Andrea masih belum berputus asa. Mereka yakin, permainan tersebut pasti akan berhasil menghubungi roh berkenaan. Akhirnya setelah beberapa kali mencuba,alat penunjuk Ouija mula berganjak. Bagaimanapun, ia lebih perlahan berbanding minggu sebelumnya.

Ada sesiapa disana ?

YA

Siapa kamu?

F-A-G-A-T

Boleh saya tolong kamu?

W-3-S-T-B-A-Y

Pernahkah kita berhubungan sebelum ini ?

YA , W-3-S-T-B-A-Y

Boleh saya tolong kamu ?, Gary memulakan pertanyaan. 

YA.

Kamu dimana ?

P-A-N-T-A-I

Kenapa ?

M-A-T-I

Mereka semua terkejut lantas menarik tangan masing-masing dari penunjuk Ouija. Permainan dihentikan serta merta. Perasaan seram yang menyelubungi menyebabkan ada diantara mereka mencadangkan supaya rog Fagat tidak dihubungi lagi. Bagaimanapun, ada juga yang berkeras supaya diteruskan kerana roh Fagat mengharapkan pertolongan.

PENCARIAN BERMULA
Selepas berbincang panjang, kesemua mereka bersetuju untuk mencari mayat Fagat di pantai West Bay, Bridport. Disebabkan terlalu sibuk dengan program yang telah dirancang lebih awal, dua minggu kemudian barulah mereka pergi ke West Bay. Kerja mencari dimulakan pada waktu tengah hari kerana pantai yang lengang ketika itu akan memudahkan mereka mengesan mayat Fagat tanpa ada sesiapa mengesyaki.

Malangnya, laut yang sedang pasang telah menenggelamkan sebahagian besar pantai besar menyebabkan ia terputus kepada tiga kawasan. Ketiga-tiga kawasan itu pula terpisah pada jarak yang agak jauh diantara satu sama lain. Bagi memudahkan pencarian, Suzanne,John, Gareth dan Andrea memutuskan untuk mencari di salah satu lokasi yang dianggap munasabah. Di satu kawasan pantai tersebut, terdapat himpunan ketulan batu-batu besar sementara di hujung satu lagi landai dengan hamparan pasir. Di tengah-tengah kawasan tersebut pula terdapat longgokan kerikil serta bongkah-bongkah batu besar.

Mereka berpecah kepada dua kumpulan, bermula dengan meninjau kedua-dua hujung pantai secara serentak namum hasilnya hampa. Sewaktu duduk berehat dan berbincang, batu yang diduduki oleh Gareth tiba-tiba teranjak. Dia hampir terjatuh. Gareth bangun dan merenung batu tersebut. Dia berasa ada sesuatu yang ganjil pada batu tersebut . Tanpa membuang masa, batu-batu kerikil dibawah dan disekitar batu berkenaan diselongkar. Tidak sampai seminit kemudian, kelihatanlah sehelai jean biru serta kemeja-T hitam di bawan timbunan pasir serta batu-batu tersebut.

Akhirnya mereka menjumpai satu mayat yang sudah reput dan berbau dalam keadaan tertiarap. Gambar dirakam dan kemudian salah seorang daripada mereka membuat laporan polis sementara tiga yang lain menunggu mayat berkenaan. Setengah jam kemudian, polis sampai ke pantai West Bay dan memasukkan mayat berkenaan ke dalam bungkusan. Mereka disoal siasat kemudian dilepaskan semula setelah memberitau mereka terjumpa mayat berkenaan semasa berkelah di situ.

Beberapa hari kemudian, mereka mendapat maklumat bahawa mayat tersebut adalah salah seorang nelayan yang hilang sewaktu pergi memancing di perairan Weymouth, berhampiran West Bay.

Nama lelaki itu adalah Peter Fagat!!!

Si Tanggang / Malim Kundang

Kita pastinya pernah mendengar cerita seorang anak derhaka yang disumpah menjadi batu.Adakah ianya sebuah lagenda atau mitos yang digembar-gemburkan secara turun temurun? Kali ini, kita akan meneroka kembali kisah Malim Kundang yang disumpah oleh ibunya menjadi batu.
"Tetapi sebelum itu , tahukah anda bahawa kisah Malim Kundang ini mempunyai persamaan dengan Kisah Si Tanggang yang berada dalam lipatan lagenda rakyat negara kita?"

Siapa itu Malim Kundang
Malim Kundang adalah anak tunggal sepasang suami isteri nelayan di Desa Air Manis. Sebelum lahir, Malim ditinggalkan ayahnya yang tidak pernah balik ke desanya dan setelah dia dilahirkan terpaksa dipelihara oleh ibunya dengan keadaan hidup yang penuh penderitaan.

Malim Kundang Merantau
Setelah dewasa Malim meminta keizinan daripada ibunya untuk pergi merantau dengan dibekalkan nasi bungkus daun pisang.Sejak pemergian itu, ibu Malim tidak pernah mendengar khabar berita tentang anaknya itu hingga bertahun-tahun lamanya, sehingga usia ibu itu semakin lanjut dan bongkok dan akhirnya ibu tua itu mendapat berita daripada nakhoda kapal yang dahulu membawa Malim mengatakan anaknya telah berkahwin dengan seorang gadis jelita anak seorang bangsawan yang amat kaya.

Kembali Ke Desa
Setelah sekian lama menunggu kepulangan Malim, akhirnya pada satu hari sebuah kapal besar yang cantik belayar menuju ke pantai Desa Air Manis.Dalam kemeriahan penduduk Desa Air Manis menyambut ketibaan kapal itu, ternampak seorang anak muda berdiri di anjung kapal, ibu tua percaya anak muda itu adalah anaknya Malim Kundang.
Ibu tua itu memanggil anaknya:
”Anakku Malim, mengapa kau begitu lama tidak memberi khabar berita.”

Tetapi isteri Malim yang jelita telah meludah sambil berkata:
”Wanita buruk inikah ibumu, mengapa kau membohongi aku?”

Disebabkan terlalu malu kepada isterinya, Malim terus menendang ibunya sambil berkata:
”Hoi perempuan buruk, ibuku bukan seperti engkau.”

Selepas itu Malim bersama isterinya terus belayar dengan kapalnya meninggalkan Desa Air Manis dan setelah melihat kapal kenaikan anaknya semakin jauh di tengah laut, orang tua itu terlalu sedih atas perbuatan anaknya.


Sumpahan Ibu
Dengan linangan air mata, akhirnya dia menadah tangan ke langit sambil berseru dengan hati yang amat sedih dan pilu:
”Oh Tuhanku Yang Maha Kuasa, kalau memang benar dia anakku Malim Kundang, aku sumpah dia menjadi batu.”


Tidak lama kemudian, tiba-tiba datanglah angin kencang dengan ombak besar bergulung-gulung hingga larut malam dan apabila matahari pagi memancar sinarnya, di kaki bukit di pinggir Desa Air Manis ternampak kepingan kapal yang telah menjadi batu.Hingga kini batu Malim Kundang di pinggir bukit Desa Air Manis terus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara dan bukit Desa Air Manis menjadi saksi peristiwa tersebut.

Mayat Lelaki Ditemui Selepas 6 Tahun

Pada 24 Jan 2007 , penduduk di sebuah apartment yang terletak di Tula, Rusia terkejut apabila menemui mumia seorang lelaki yang didapati hilang dari tahun 2000. (Pergh!! lama tu , 6 tahun beb!!!.) Seorang pegawai polis Mark Ignashin, yang menerima aduan tu pun pergilah kat apartment tersebut. Semasa dia sampai kat rumah tersebut , bau busuk menyelubungi rumah tu , kemudian dia nampak satu mayat yang dah kering berkemeja plaid dlm keadaan duduk di dapur.
Elok je mayat tu macam MUMIA.



Di sisinya, ada sebotol vodka kosong dan sebiji gelas yang berdebu. Kemudian beliau menjumpai selonggok suratkhabar lama di dalam bilik tetamu bertarikh pada bulan FEB 2000.
Beliau menemui seorang saksi, Valentina Muradova, yang berjaya mengecam mumia tersebut adalah Vladimir Ledenev, 68, yang disangkanya telah berpindah ataupun dimasukkan ke hospital kerana penyakit TB. Pihak polis mendapati Vladimir pernah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mempunyai rekod jenayah.
Selain itu , menurut jirannya , Vladmir merupakan seorang kaki botol selepas kematiannya ibunya 10 tahun yang lepas. Beliau tinggal seorang diri selepas bersara dan mengumpul botol-botol kosong. Sejak itu , dia tidak dapat dikesan.


Alkisahnya, Vladimir hilang 6 tahun yang lepas dan kini ditemui didalam rumahnya sendiri dalam keadaan seperti MUMIA. Anehnya , jirannya tidak menghidu bau busuk dari kediaman Vladimir.


Boleh tak korang bayangkan ?

Warga Emas Terkejut Kena Saman

 [Dipetik daripada Utusan Malaysia, 31 Jan 2011]


KANGAR 30 Jan. - Melihatkan keadaannya yang uzur, pasti ramai tidak percaya seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun menerima surat saman kerana memandu melebihi had laju.

Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada Bakar Ismail (gambar) dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, yang menerima surat saman atas kesalahan tersebut.
Lebih mengejutkan, kesalahan itu didakwa dilakukannya ketika menunggang motosikal berkuasa 500cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai tahun lalu.
Bakar yang mempunyai lima cicit hairan bagaimana dia boleh menerima saman di kawasan yang dia sendiri tidak tahu selok-beloknya.

"Surat saman itu tertera nombor pendaftaran motosikal pak cik iaitu PV 738 kerana memecut lebih daripada had laju dibenarkan iaitu 98 kilometer sejam (kmj) berbanding had laju sepatutnya, 80 kmj.
"Pak cik mana ada motosikal 500cc, yang pak cik ada hanyalah Honda C70, tersadai dalam bangsal sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.
Bakar turut pelik kerana walaupun nombor pendaftaran motosikal tertera sama dengan motosikal Honda C70 miliknya namun kapasiti enjinnya adalah berbeza.

"Motosikal pak cik itu telah berusia lebih 35 tahun, mana mampu pecut dan kalau diikutkan motosikal itu tidak boleh pergi jauh sekadar pekan Simpang Empat sahaja.
"Lagipun motosikal itu tiada cukai jalan, sudah lama pak cik tidak perbaharui cukai jalannya," katanya yang telah membeli motosikal terpakai itu pada 4 September 1979 dengan harga RM1,200.
Katanya, walaupun pernah sampai ke Kuala Lumpur namun dia tidak tahu selok-belok jalan di ibu negara apatah lagi lebuh raya berkenaan.

Tambahnya, surat saman yang dikeluarkan oleh pihak polis di Kuala Lumpur itu dikirim ke rumahnya pada Disember lalu.
"Berdasarkan saman itu, ia dikeluarkan anggota polis peronda pukul 1.53 tengah hari dengan kompaun RM300 dan tawaran kompaun RM150," katanya.

Anak Bakar, Mohd. Nor, 47, berkata, dia telah merujuk perkara itu ke Balai Polis Trafik Kangar dan diminta menulis surat kepada pihak bertanggungjawab di Kuala Lumpur untuk penjelasan.

Sunday, January 30, 2011

ERZEBET BATHORY – The Bloody Countess


Pada 1611, Hungary dikejutkan dengan kisah seorang wanita bangsawan – Erzebet Bathory – yang bersikap kejam dan zalim. Dia didakwa telah membunuh 300 wanita muda. Sebelum menamatkan riwayat mangsanya , Bathory akan menyeksa mereka. Dia akan menoreh dan mencalarkan badan mangsanya dengan jarum yang tajam. Selepas itu Bathory akan mengumpulkan kesemua darah yang mengalir sebelum digunakan untuk mandi dan minum. Dia percaya amalan itu akan menjadikannya sentiasa muda.

Bagaimanapun , kekejaman Bathory berjaya dihalang oleh satu pasukan tentera yang diketuai oleh sepupunya sendiri. Bathory ditangkap dan dibicarakan. Namun, dia hanya dipenjara seumur hidup di dalam sebuah kubu yang tidak mempunyai tingkap dan pintu.

Kematian Yang Aneh Serta Lucu

Sebagai manusia biasa, kita nih tak dapat nak elak daripada kematian. Cubalah duduk dalam kubu sekalipun, kalau takdir dan tentukan…takde harapan lagi.


kisah 1
Sedang Victorio memandu keretanya berhampiran Naples, Itali,angin yang kuat tiba-tiba melanda menyebabkan kereta yang dipandunya itu tercampak ke dalam sungai. Untuk mengelakkan diri daripada mati lemas, Victor memecahkan tingkap keretanya dan berenang ke tebing sungai. Dia terselamat, tetapi tiupan angin yang terlalu kuat mengakibatkan sebatang pokok di tebing sungai berkenaan tumbang lalu menghempap tubuhnya. Victor mati di tempat kejadian.



kisah 2
Seorang lelaki terjatuh apabila dilanggar oleh sebuah kereta di New York, Amerika Syarikat. Dia bangun semula tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Bagaimanapun, atas nasihat seseorang yang kebetulan berada di tempat kejadian, lelaki tersebut berbaring semula di depan kereta berkenaan dan berpura-pura sakit. Kononnya cedera teruk akibat kemalangan itu. Tujuannya supaya dia akan mendapat pampasan daripada syarikat insurans. Malangnya lelaki tersebut mengalami cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia apabila secara tiba-tiba kereta berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar tubuhnya.



kisah 3
Satu majlis memberi penghormatan terakhir diadakan di Tasik Kushaqua, New York,untuk seorang wanita yang disangkakan telah mati akibat serangan jantung. Mayat wanita itu terbujur didalam kerana sementara orang ramai yang menziarahi wanita tersebut menangis meratapi pemergiannya. Tiba-tiba wanita tersebut bangun dari keranda dan menyebabkan semua yang berada di rumah tersebut terkejut besar termasuklah adik perempuannya yang rebah dan tidak terus bangun-bangun sehinggalah ke akhir ini!!!



kisah 4
Walter Hallas, 31, seorang kerani sebuah stor di Leeds, England mengalami sakit gigi yang agak teruk. Dia mengerang kesakitan tetapi takut untuk menemui doktor gigi. Untuk melegakan kesakitan, Hallas memanggil kawannya dan meminta kawannya itu menumbuk ke arah rahangnya. Tumbukan padu dilepaskan , Hallas terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai dan menyebabkan dia meninggal dunia akibat tengkoraknya retak.

Kulit Buku Dibuat Daripada Kulit Manusia


Kulit buku ini diperbuat daripada kulit manusia yang dilapah daripada seorang hamba abdi yang meninggal dunia semasa zaman Revolusi Perancis. Pemilik asalnya adalah seorang Bangsawan Perancis dan telah mendermakan buku ini kepada perpustakan di Kota Leeds, UK kerana TIDAK TAHAN menghadapi gangguan yang aneh setiap malam. Bangsawan Perancis itu kerap kali mendengar suara kesakitan meminta tolong dan pelbagai gangguan aneh yang menakutkan.

Tidak dapat dipastikan kenapa mereka menjadikan kulit manusia mati sebagai kulit buku. Adakah untuk mengekalkan buku tahan lama ?

Jika anda mendapat koleksi buku lama , sila periksa asal-usul buku terlebih dahulu. Mana tahu , buku tersebut mungkin juga mempunyai sejarah yang sama dengan artikel ini.

Dipaksa Menikahi Mayat

Seorang pemuda telah dipaksa berkahwin dengan mayat tunangnya yang meninggal dunia kerana demam denggi. Pemuda tersebut tidak mahu menjalani ritual perkahwinan dengan orang yang telah mati lalu berhasrat untuk melarikan diri. Namun dia ditangkap oleh bapa tunangnya lalu dipaksa berkahwin dengan anaknya yang telah meninggal dunia.


Gambar ini diambil pada tengah malam selepas 6 hari kematian tunangnya. Mereka meletakkan kayu dan papan untuk menegakkan mayat tersebut. Sebelum itu , mayat tersebut dimekap dan dipakaikan pakaian pengantin yang amat indah.

Misteri Lukisan Gergasi di Gurun Nazca

Lakaran aneh di padang pasir Peru berusia 1,300 tahun masih dikaji

SEBELUM terciptanya kapal terbang, tiada siapa menyangka ada suatu misteri objek aneh terpampang di dataran Gurun Nazca yang terletak di selatan Lima, Peru.

Selama ribuan tahun, misteri itu terus menjadi rahsia yang tidak disedari sesiapa sehinggalah zaman berubah melewati masa dan kemajuan teknologi apabila pesawat mula dicipta. Ketika itu tatkala sebuah pesawat komersial terbang tinggi melintasi gurun berkenaan sekitar 1920-an, juruterbang dan penumpang tergamam melihat pelbagai objek aneh tertera di bumi Peru.

Di hadapan mata mereka, tertera pelbagai lukisan raksasa dalam pelbagai bentuk yang dilukis di atas tanah gurun.

Lukisan yang amat besar sehingga mencapai ratusan meter panjang itu tidak mungkin disedari sesiapa meskipun seseorang itu berjalan di atasnya. Bentuknya hanya jelas kelihatan daripada udara, itupun dari lokasi yang amat tinggi.


Sebaik melihat puluhan objek misteri berbentuk haiwan dan tumbuhan itu, juruterbang dan penumpang berasa hairan dan fikiran masing-masing dipenuhi pelbagai teka-teki.


Lukisan apakah ini? Siapa yang melakar lukisan yang amat besar ini dan apa tujuannya? Sejak bila ia dilukis dan bagaimana dengan bersaiz gergasi, manusia dapat melukis objek itu dengan tepat sehingga membentuk gambar haiwan dan tumbuhan?

Sejak itu, penyelidik dan ahli arkeologi mula memenuhi Gurun Nazca. Ratusan pesawat berterbangan di atas kawasan itu semata-mata mahu melihat dan mengkaji misteri kewujudan lukisan aneh berkenaan.


Kajian mendapati ada ratusan lukisan gergasi yang dihasilkan malah ia meliputi kawasan yang amat luas iaitu sejauh lebih 57 kilometer. Antara objek gergasi yang tertera di permukaan gurun itu adalah monyet, burung, pokok, geometri dan jasad makhluk aneh.


Berdasarkan penemuan artifak arkeologi sekitar kawasan itu, penyelidik mendapati ada kaum tertentu menetap di situ kira-kira 1,300 tahun lalu iaitu antara 200 Sebelum Masihi (SM) hingga tahun 700.

Akan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kaum terbabit yang bertanggungjawab menghasilkan lukisan itu atau lakaran objek aneh terbabit sudah dilukis pihak lain sebelum kewujudan penempatan purba berkenaan.

Proses pembinaannya adalah dengan menoreh permukaan tanah batuan keras berwarna gelap di gurun sehingga tanah itu berwarna lebih terang dan membentuk objek.

Bagaimanapun, misteri yang paling membingungkan penyelidik dan ramai pihak adalah siapa yang melukis lukisan berkenaan dan apakah tujuannya?




Disebabkan ia hanya dapat dilihat daripada udara, manusia yang menghuni kawasan itu tidak menyedari wujudnya lukisan gergasi berkenaan sehinggalah pesawat dicipta.


Lukisan gergasi itu dikatakan dibina sebagai upacara ritual keagamaan penduduk purba dalam menyembah dewa. Oleh itu terdapat lukisan berbentuk makhluk aneh menyerupai manusia. Pihak lain mengatakan dewa yang disembah penduduk purba berkenaan sebenarnya adalah makhluk asing.

Ada pihak percaya misteri di Gurun Nazca itu berkaitan dengan misteri pembinaan piramid dan stonehenge di mana tiga kawasan itu dikatakan menyimpan kuasa tinggi di dunia ini serta kerap berlakunya fenomena fata morgana.

Teori lain mengatakan lukisan berkenaan dibina sebagai kalendar astronomi sekali gus memperlihatkan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan lakaran itu sudah mengkaji ilmu kaji bintang sejak zaman purba.


Ahli arkeologi dan matematik Jerman, Maria Reiche percaya garisan pada lukisan mewakili arah pergerakan bintang dan planet tertentu manakala gambar labah-labah dan monyet menunjukkan kumpulan bintang Orion dan Ursa Mayor.

Penyelidik lain, Prof Helaine Siverman mengatakan objek yang dilukis mewakili tanda puak bagi pelbagai puak pribumi yang wujud di kawasan itu, suatu ketika dulu. Lukisan juga berkemungkinan digunakan sebagai peta untuk penduduk bergerak termasuk ke kawasan yang memiliki air di gurun itu.

Satu lagi teori mengatakan penduduk yang menghasilkan lukisan itu sebenarnya sudah membina pesawat menyerupai belon udara panas walaupun ketika itu adalah zaman purba dan lukisan itu berupa tapak pendaratan.

Bagaimanapun, sehingga kini, jawapan sebenar kepada tujuan penghasilan lukisan raksasa itu serta teka-teki mengenai siapa yang menghasilkannya, masih kekal menjadi misteri.


FAKTA: Lukisan Gergasi Nazca
  • Ada lebih 300 lukisan yang berselerak di kawasan seluas kira-kira 500 kilometer persegi.
  • Lukisan terbesar dilukis dengan saiz panjang 270 meter.
  • Terletak antara Pergunungan Andes dan Pantai Peru.
  • Doktor yang juga antropologis tempatan, Toribio Mejia Xespe, dipercayai antara saintis pertama yang mengkaji lukisan Nazca iaitu pada 1927.

Potret Monalisa

Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci.Apa yang membingungkan adalah , potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini.

Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu.Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar ‘Mona Lisa’ itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Misteri Potret Monalisa
  • Identiti Monalisa itu sendiri.
  • Riak wajah Monalisa.
  • Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.
  • Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
  • Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
  • Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.

Teori Mengenai Monalisa
  • Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo.Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
  • Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
  • Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
  • Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi ‘kewanitaan’.Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!
Fakta Potret Monalisa
  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.
  • Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
  • Judul ‘Mona Lisa’ diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah ‘La Gioconda’.
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
  • Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

Sumpahan Kereta James Dean


Pada September 1955 , pelakon dan model terkenal, James Dean terbunuh dalam satu kemalangan kereta. Pada waktu itu , dia memandu kereta kesayangannya – sebuah kereta Porsche yang diberi nama Spyder.Selepas kejadian yang meragut nyawanya, kereta porschenya itu bagaikan mempunyai sumpahan terhadap pemilik barunya.

  • Semasa kereta itu di bawa ke sebuah garaj, enjin kereta tersebut melantun ke arah mekanik lalu menyebabkan beliau patah kedua kakinya.
  • Enjin kereta itu dibeli oleh seorang doktor lalu digunakan untuk berlumba. Malangnya , beliau terbunuh bersama-sama dengan seorang pelumba lain yang merempuhnya.
  • Dua biji tayar kereta James Dean telah diambil oleh seorang anak muda meletup kedua-duanya sekali pada masa yang sama. Namun , pemanduan yang selamat telah menyelamatkannya daripada maut.
  • Garaj yang menempatkan kereta James Dean untuk dibaiki terbakar secara misteri. Kereta James Dean masih dalam keadaan elok sementara kereta yang lain hangus terbakar.
  • Kemudian , kereta tersebut di pamerkan di Sacramento tetapi ianya tiba-tiba rosak lalu menyebabkan seorang remaja mengalami kecederaan.
  • Sebuah trailer yang membawa kereta James Dean secara tiba-tiba melanggar sebuah kedai.
  • Akhirnya , pada 1959 , kereta yang dikatakan mempunyai sumpahan itu rosak lalu berkecai kepada 11 kepingan.

Kebinasaan Kaum Pompeii

"Ibarat seperti balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan seks sejenis ( Gay dan Lesbian ) , Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dari peta dunia."

Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain – penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama lain. Tiba-tiba, satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada peta dunia. Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.

Masa terus berlalu sehinggalah pada 1594, sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan. Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam di dalam tanah.
Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.

Pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di temui dan misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.
Selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan. Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.

Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.


Sejarah Kota Pompeii.
  • Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.
  • Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.
  • Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.
  • Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
  • Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ’sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.
  • Tiada seorangpun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.