Saturday, April 30, 2011

5 Tempat Paling Mistik Di Dunia


EASTER ISLAND

Merupakan yang teratas dalam carta, Easter Island adalah salah satu daerah yang paling terpencil di dunia. Pulau itu dipenuhi dengan patung-patung raksasa diukir drpd batu gunung berapi yg disebut "moai". Penduduk penduduk di pulau itu dinamakan "Rapa Nui" dan tidak diketahui dari mana mereka datang dan ke mana mereka menghilang. Sebab mengapa patung patung itu diukir juga menjadi misteri. Banyak kajian telah dilakukan untuk mengetahui kisah di sebalik struktur struktur gergasi itu tetapi masih belum ada jawapan yg kukuh untuk merungkaikan misteri ini.



THE PYRAMIDS OF GIZA

Piramid yang terbesar dan tertua dari tiga piramid di Giza Necropolis, piramid besar Giza juga disebut sebagai Piramid Khufu. Ianya juga merupakan struktur buatan manusia yang tertinggi di dunia dan berusia lebih dari 3800 tahun. Permukaan asal bongkah batu yg halus telah pun pudar dan apa yg dapat kita lihat hari ini hanyalah struktur asasnya. Tamadun Mesir dikatakan tamadun yang paling misteri dan maju dari segala zaman dan piramid ini adalah salah satu daripadanya.
Tiga piramid terbesar adalah Great Pyramid of Khufu, Piramid Kafhre dan Piramid Menkaura yang dikatakan kubur khas untuk tiga raja Mesir yang berbeza....



STONEHENGE

Terletak di negara Whltshire, Stonhenge adalah salah satu monumen prasejarah yang paling terkenal di dunia. Apa yang membuatkan tempat ''spesel' adalah susunan batu2 besar secara berdiri. Monumen batu ini dipercayai dibina berhampiran 2500 Sebelum Masihi.
Apa yang mengagumkan adalah tenaga kerja dan masa yang digunakan untuk membina monumen ini. Stonehenge dipercayai telah dibina sekitar 5000 tahun dahulu dan peralatan yg digunakan masih menjadi satu misteri sehingga kini...



CASTLERIGG STONE CIRCLE


Lingkaran batu di Cumbria ini merupakan monumen pra sejarah yg dikesan di Britain. Ia dikatakan berusia 3200 SM. Monumen ini bukan sekadar dibanjiri pelancong pelancong dari serata dunia sahaja malah sangat menarik perhatian ahli ahli arkeologi
Mempunyai 38 batu dari berbagai bentuk dan saiz berbentuk lingkaran. Beberapa batu adalah setinggi 5 kaki. Bagaimana, bila dan mengapa ia dibina masih menjadi misteri.....   
  


CENOTE IN MAYAN CIVILIZATION


Jauh di dalam hutan Mexico dan Guatemala, tamadun "Maya" ini berkembang ketika Eropah masih dalam Zaman Kegelapan. Orang-orang ini adalah pakar matematik dan telah berjaya memetakan langit. Bandar-bandar mereka dibina dengan penuh kesempurnaan tanpa sebarang penggunaan alatan logam. Struktur batu yang ditemui di hutan membuktikan betapa genius nya mereka. Kaum Maya kekal misteri sebagai arkitek dan pakar matematik yang hebat melampaui zaman mereka.

No comments:

Post a Comment