Saturday, April 30, 2011

5 Tempat Paling Mistik Di Dunia


EASTER ISLAND

Merupakan yang teratas dalam carta, Easter Island adalah salah satu daerah yang paling terpencil di dunia. Pulau itu dipenuhi dengan patung-patung raksasa diukir drpd batu gunung berapi yg disebut "moai". Penduduk penduduk di pulau itu dinamakan "Rapa Nui" dan tidak diketahui dari mana mereka datang dan ke mana mereka menghilang. Sebab mengapa patung patung itu diukir juga menjadi misteri. Banyak kajian telah dilakukan untuk mengetahui kisah di sebalik struktur struktur gergasi itu tetapi masih belum ada jawapan yg kukuh untuk merungkaikan misteri ini.



THE PYRAMIDS OF GIZA

Piramid yang terbesar dan tertua dari tiga piramid di Giza Necropolis, piramid besar Giza juga disebut sebagai Piramid Khufu. Ianya juga merupakan struktur buatan manusia yang tertinggi di dunia dan berusia lebih dari 3800 tahun. Permukaan asal bongkah batu yg halus telah pun pudar dan apa yg dapat kita lihat hari ini hanyalah struktur asasnya. Tamadun Mesir dikatakan tamadun yang paling misteri dan maju dari segala zaman dan piramid ini adalah salah satu daripadanya.
Tiga piramid terbesar adalah Great Pyramid of Khufu, Piramid Kafhre dan Piramid Menkaura yang dikatakan kubur khas untuk tiga raja Mesir yang berbeza....



STONEHENGE

Terletak di negara Whltshire, Stonhenge adalah salah satu monumen prasejarah yang paling terkenal di dunia. Apa yang membuatkan tempat ''spesel' adalah susunan batu2 besar secara berdiri. Monumen batu ini dipercayai dibina berhampiran 2500 Sebelum Masihi.
Apa yang mengagumkan adalah tenaga kerja dan masa yang digunakan untuk membina monumen ini. Stonehenge dipercayai telah dibina sekitar 5000 tahun dahulu dan peralatan yg digunakan masih menjadi satu misteri sehingga kini...



CASTLERIGG STONE CIRCLE


Lingkaran batu di Cumbria ini merupakan monumen pra sejarah yg dikesan di Britain. Ia dikatakan berusia 3200 SM. Monumen ini bukan sekadar dibanjiri pelancong pelancong dari serata dunia sahaja malah sangat menarik perhatian ahli ahli arkeologi
Mempunyai 38 batu dari berbagai bentuk dan saiz berbentuk lingkaran. Beberapa batu adalah setinggi 5 kaki. Bagaimana, bila dan mengapa ia dibina masih menjadi misteri.....   
  


CENOTE IN MAYAN CIVILIZATION


Jauh di dalam hutan Mexico dan Guatemala, tamadun "Maya" ini berkembang ketika Eropah masih dalam Zaman Kegelapan. Orang-orang ini adalah pakar matematik dan telah berjaya memetakan langit. Bandar-bandar mereka dibina dengan penuh kesempurnaan tanpa sebarang penggunaan alatan logam. Struktur batu yang ditemui di hutan membuktikan betapa genius nya mereka. Kaum Maya kekal misteri sebagai arkitek dan pakar matematik yang hebat melampaui zaman mereka.

Pinky

Mmg niat dia nk kasitau semua org yang dia ni peminat kaler pink! ahahaa...


Apa Akan Jadi Jika Mereka2 Ini Peminat Muzik?

Xkan manusia je reti dgr muzik kan?.....

PUNK

SKINHEAD

EMO

HIP HOP

REGGAE

Wednesday, April 13, 2011

Ragam Naik Tren




"Hemm....kan bagus kalu bilik aku pon bergerak camni..."



cool jek uncle tu...kalu aku da bg pelempang dah seketul...

ni berapa zaman dah x tido agaknye..


sempat ag wat homework tuu.....sungguh rajin ini budak...

Monday, April 11, 2011

Pesakit Yang Banyak Kerenah



Suatu hari seorang gadis datang ke klinik seorang doktor muda. Gadis itu mengadu badannya terasa sangat panas. Untuk memeriksanya, doktor muda tersebut segera mengambil thermometer dan menyuruh gadis tersebut berbaring di tempat tidur.

Doktor: Sila buka ketiak anda, saya akan letak thermometer di ketiak anda.
Gadis : Jangan doktor.... jangan la di ketiak, doktor, saya geli.....

Doktor: Baik, sekarang buka mulut anda, saya akan memasukkan thermometer
Gadis : Jangan doktor..... jangan la di mulut, doktor, saya akan muntah nanti....

Doktor: Susah jugak ye?, ok lah, sekarang anda tidur meniarap dan buka seluar dalam anda, saya akan memeriksa melalui dubur.....

Tidak berapa lama kemudian sang gadis menjerit kepada doktor.... 

Gadis : Doktor! Doktor! Salah tu! Itu bukan lubang dubur !!!!!!........

Doktor: Sabar, saya tau......... Lagipun ini bukannya thermometer tadi.....

Gadis : ??????? Mmmmmh.............




Tips Diet Dari Doktor


Seorang wanita yang sangat gemuk pergi jumpa doktor.

Wanita: “Doktor, ubat apa yang harus saya ambil untuk menguruskan badan?”

Doktor: “Oh, anda tidak perlu ambil ubat, cukuplah dengan menggeleng-gelengkan kepala saja.......”

Wanita: “Bilakah masa saya harus geleng-geleng kepala, doktor ? Pagi, tengah hari, petang atau malam?”

Doktor: “Cukuplah ketika ada orang mempelawa anda makan saja!.............”




Isteri Yang Dingin

Seorang suami mengadu kepada pakar kaunseling, bahawa  isterinya tidak mau “make love” dengannya sejak tujuh bulan lalu.

Akhirnya, si isteri dipanggil untuk berbincang dengan pakar kaunseling itu. Lalu kaunselor menanyakan masalah apa yang sedang dihadapi oleh si isteri.

Dengan lesu, isteri itu menjawab :

“Doktor sudah tahu, bahawa kehidupan ekonomi kami porak peranda. Setiap hari, saya harus bangun pagi dan pergi ke pejabat dengan menumpang teksi. Ketika saya katakan bahawa saya tidak punya duit, pemandu teksi itu mengugut, ‘Pilih: Nak bayar ATAU?’ Saya terpaksa pilih ‘ATAU’. ”

“Walau dengan naik teksi, saya tetap sering terlambat masuk kerja, sehingga bos mengugut, ‘Pilih: Nak diberhentikan kerja ATAU? Sekali lagi saya terpaksa pilih ‘ATAU’. ”

“Masa Balik kerja, saya naik teksi lagi disebabkan bas selalu penuh. Saya tidak mampu membayarnya dan naik teksi yg lain, lagi sekali pemandu teksi mengugut saya, ‘Pilih: Nak bayar ATAU?’ ”

“Saya terpaksa melakukan hal yang sama setaip hari. Nah, sekarang doktor sudah tahu masalah saya. Saya sudah terlampau letih untuk melakukannya lagi bersama suami saya di malam hari.”

Pakar kaunseling menyahut : “Okey, saya faham masalah anda. Jadi, sekarang pilih: Nak saya laporkan kepada suami anda ATAU?”

Seorang Ayah Yang Bijak

Father: I want you to marry a girl of my choice
Son: “I will choose my own bride!”
Father: “But the girl is Bill Gates’s daughter.”
Son: “Well, in that case…ok”


 
Next Father approaches Bill Gates.
Father: “I have a husband for your daughter.”
Bill Gates: “But my daughter is too young to marry!”
Father: “But this young man is a vice-president of the World Bank.”
Bill Gates: “Ah, in that case…ok” 



Finally Father goes to see the president of the World Bank.
Father: “I have a young man to be recommended as a vice-president.”
President: “But I already have more vice- presidents than I need!”
Father: “But this young man is Bill Gates’s son-in-law.”
President: “Ah, in that case…ok”





This is how business is done!!

Bill Gates's daughter

Fakta - Fakta Yang Boleh Buat Anda Mereng


1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita "mengencing" orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua "mata air" dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh si isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon di mana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu adalah dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca akan pecah pada kelajuan 4,827 km/j. "Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas" pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom "masuk air".

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada "lelaki berhidung belang" pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang "buta huruf" kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Firdaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut di kalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya tidak mendapat luas pemandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.

Old Funny and Weird Photos













Foto Foto Yang Membingungkan