Monday, February 7, 2011

UFO di Sabak Bernam?

[Dipetik daripada Kosmo!, 07 Feb 2011]

TIGA pergerakan objek bercahaya yang berjaya dirakam di kawasan kem askar Sabak Bernam, Selangor.


SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.

Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.
Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.

“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.

“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

3 comments:

  1. Saya pon pernah nampak cahaya sebegitu...
    Semasa tu ,saya on the way nak pegi skola dengan menaiki motosikal...
    Cahaya tu sangat terang, dan tidak berkelip pada arah selatan ...
    Matahari pon belom timbul...
    nak katakan kapal terbang tidak,sebab tak berkelip-kelip...
    lebih kurang beberapa minit cahaya tu lesap secara tiba-tiba....


    (saya ringkaskan cerita...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlupa satu lagi....saya dari Kampung Sg.Burong ,Tg.Karang ,Selangor,Malaysia...

      Delete
    2. thanks for the nice story, bro...

      Delete